Firma Allah S.W.T :

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan
(Adz-Dzaariyaat 51:21)
Daripada ayat ini jelas memberi makna yang mendalam untuk kita kaji dan renungi betapa istimewanya diri kita ini sehingga Allah menyuruh kita perhatikan diri kita ini yang telah dijadikan oleh-Nya. Pertama sekali yang perlu kita ketahui ialah diri kita ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu diri zahir dan diri batin.
Diri Zahir
Diri zahir adalah diri yang nyata yang dapat dilihat oleh mata kasar dan wujud di alam jasad yang rendah. Apabila diri zahir ini dilahirkan di alam dunia, maka ia memerlukan engine system atau organ system yang sempurna untuk diri zahir ini digerakkan. Organ system ini merangkumi :-
1. Sistem Ekskresi
![]() |
Rajah 1. Sistem Ekskresi Manusia |
![]() |
Rajah 2. Sistem Pernafasan Manusia |
Sistem pernafasan adalah sistem yang memiliki fungsi untuk membekalkan oksigen ke dalam tubuh dan mengeluarkan karbon dioksida ke luar tubuh. Terdiri daripada hidung, faring, laring, trakea/trakhea, bronki dan paru-paru.
3. Sistem Pencernaan
![]() |
Rajah 3. Sistem Pencernaan Manusia |
Sistem ini berfungsi untuk memproses makanan sehingga dapat diserap dan digunakan oleh sel-sel tubuh secara fisika mahupun secara kimia. Terdiri daripada mulut, kerongkong, lambung, rektum, hati dan pankreas.
4. Sistem Peredaran/Transportasi
![]() |
Rajah 4. Sistem Peredaran Darah Manusia |
a |
5. Sistem Reproduksi
![]() |
Rajah 5. Sistem Reproduksi Lelaki |
![]() |
Rajah 6. Sistem Reproduksi Wanita |
Sistem reproduksi adalah sistem yang berfungsi untuk berkembang biak. Terdiri daripada testis, ovarium dan bahagian alat kelamin lainnya.
6. Sistem Otot
![]() |
Rajah 7. Sistem Otot Manusia |
7.. Sistem Syaraf/Saraf
![]() |
Rajah 8. Sistem Saraf Manusia |
8. Sistem Endoktrin
![]() |
Rajah 9. Sistem Endoktrin Manusia |
Sistem endoktrin adalah sistem yang berfungsi untuk memproduksikan horman yang mengatur aktivitas tubuh. Terdiri daripada kelenjar tiroid, kelenjar hipofisa/putuitari, kelenjar pankreas, kelenjar kelamin, kelenjar suprarenal, kelenjar paratiroid dan kelenjar buntu.
9. Sistem Rangka
![]() |
Rajah 10. Sistem Rangka Manusia |
Sistem rangka adalah sistem yang memiliki fungsi untuk menyimpan bahan mineral, tempat pembentukan sel darah, tempat letaknya otot rangka, melindungi tubuh yang lunak dan menunjang tubuh. Terdiri daripada tengkorak, tulang rusuk, tulang belakang, rangka penompang tulang bahu, rangka penompang tulang pinggul, tulang anggota badan atas dan bawah.
Sekiranya anda perhatikan dengan teliti di sini, ada sembilan jenis sistem yang menyokong kukuh tubuh zahir kita untuk bergerak. Dan kesembilan-sembilan system ini saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam setiap satu sistem ini terdapat component atau organ yang bertindak untuk melancarkan lagi fungsi sistem tersebut. Jikalau salah satu organ dalam sesuatu sistem itu bermasalah maka sistem tersebut akan mengalami masalah untuk berfungsi dengan lancar. Dan ini akan mengakibatkan fungsi sistem yang lain juga terganggu.
Sekiranya anda perhatikan dengan teliti di sini, ada sembilan jenis sistem yang menyokong kukuh tubuh zahir kita untuk bergerak. Dan kesembilan-sembilan system ini saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam setiap satu sistem ini terdapat component atau organ yang bertindak untuk melancarkan lagi fungsi sistem tersebut. Jikalau salah satu organ dalam sesuatu sistem itu bermasalah maka sistem tersebut akan mengalami masalah untuk berfungsi dengan lancar. Dan ini akan mengakibatkan fungsi sistem yang lain juga terganggu.
Contoh
yang paling sesuai sekali saya berikan di sini adalah penyakit jantung.
Penyakita jantung adalah disebabkan kekurangang bekalan darah ke otot jantung. Punca
kekurangannya bekalan darah ini adalah kerana saluran darah yang tersumbat
disebabkan oleh plak-plak kolestrol yang melekat di dinding saluran darah
tersebut. Maka sistem peredaran/transportasi mengalami masalah untuk berfungsi
dengan lancar. Dan masalah ini juga akan merencatkan sistem-sistem yang lain seperti
sistem ekskresi di mana buah pinggang mengalami kekurangan bekalan darah maka
lama kelamaan buah pinggang ini akan mengecut dan tidak berfungsi dengan
lancar. Maka pesakit buah pinggang dinasihatkan oleh doctor untuk menjalani
rawatan hemodialisis.
Itu
baru sahaja melibatkan sistem ekskresi dan belum melibatkan sistem-sistem yang
lain lagi. Dan ini yang saya maksudkan setiap satu sistem saling memerlukan
antara satu sama lain untuk berfungsi dengan lancar. Daripada penyakit jantung
membawa kepada penyakit buah pinggang, daripada penyakit darah tinggi
terjadinya penyakit kencing manis dan lain-lain lagi. Bila kita sakit wajah nampak
kusam, tidak ceria, seri tiada, dengan kata lain tiada aura yang memancar.
Sekalipun kita beramal dengan berbagai-bagai ayat atau mentera untuk menaikkan
seri di wajah, tetapi masalah darah tinggi masih ada, kolestrol tinggi, kencing
manisnya dan lain-lain lagi masih tidak selesai, tetap tidak akan berkesan walau
seribu kali kita baca. Sebabnya senang, darah membekalkan makanan dan oksigen
kepada sel-sel kulit/organ, sekiranya bekalan darah tidak mecukupi bagaimana
sel-sel kulit/organ hendak berfungsi dengan baik sedangkan makanannya tidak
mencukupi. Maka banyaklah sel-sel kulit ini akan mati daripada hidup. Bila
masalah ini berlaku maka dengan secara tidak langsung seri wajah menjadi pudar.
Dan ini akanmeningkatkan positif ion di sekeliling badan kita bukanya negative ion.
Bila jumlah positif ion lebih banyak dari negative ion maka diri kita ini akan
menjadi magnet untuk menarik benda-benda yang kurang baik hinggap pada tubuh
badan kita. Tetapi sekiranya negative ion lebih banyak daripada positif ion
maka diri kita ini menjadi megnet untuk menarik benda-benda yang baik melekat
pada tubu badan kita.
Oleh
itu hendaklah kita menjaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat
untuk kita bejaya, kaya, bahagia dan senang dari pelbagai segi. Konsep ini
telah pun diajar oleh rasul kita. Cuma kita sahaja yang tidak mengikutinya
dengan cara atau prosedur yang betul. Contohnya nabi kita akan memakan buah sebelum
memakan nasi. Kerana buah yang kita makan terlebih dahulu akan membantu proses
penghadaman nasi itu tadi. Tetapi masyarakat kita akhir-akhir ini lebih suka
mengikut ajaran sesat yahudi yang menyuruh kita memakan nasi dahulu sebelum
buah. Sedangkan yahudi masih mengamalkan prosedur pemakan yang betul daripada
nabi-nabi kita (ada banyak lagi prosedur pemakanan mengikut cara nabi). Prosedur
pemakanan inilah yang membantu 9 jenis sistem tubuh badan kita untuk berfungsi
dengan kecekapan yang optima. Ini baru prosedur untuk diri zahir belum lagi
prosedur untuk diri batin. Sebelum kita mengenali diri batin, saya berharap
anda semua benar-benar faham apa yang ingin saya sampaikan ini. Kerana diri zahir ini saling memerlukan antara satu sama lain dengan diri batin, dan diri batin juga memerlukan sokongan dari diri zahir.Ibarat Allah dan muhammad, adanya Allah adanya muhammad. Tidak akan terpisah antara satu sama lain, lebih-lebih lagi sekiranya kita mengenal diri. Diri yang mana?... Diri sebenar diri. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment